Pakatan Harapan Perak membuat satu laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan ada pihak mahu menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ketua Sekretariat PH Perak, V Sivakumar berkata mereka meminta polis menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh, dan sekiranya benar, mengambil tindakan yang perlu agar peristiwa kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009 tidak berulang.
“Saya telah bincang dengan pimpinan dan kami buat keputusan untuk buat laporan polis. Kalau tak ada tindakan diambil, isu ini berpanjangan dan akan kelirukan rakyat Perak,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi tengah hari tadi bersama seorang wakil pegawai menteri besar Perak.
Sebelum ini, media melaporkan Saarani mendakwa wujud gerakan serius menjatuhkan Faizal oleh beberapa exco menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment