Write For Us

Kontrak bina KVDT fasa 2 dibatal, tender terbuka akan dilaksana

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
918 Views
Published
Kontrak pembinaan fasa kedua Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang dianugerahkan kepada syarikat Dhaya Maju Ltat Sdn Bhd dibatalkan dan akan dibuka semula melalui tender terbuka.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan yang dibuat kabinet hari ini dilakukan memandangkan kontrak projek yang bernilai RM5.2 bilion tersebut diberikan secara rundingan terus dan kos yang terlibat dianggap terlalu tinggi.
"Melalui proses tender terbuka ini nanti, kerajaan berharap akan mendapat nilai yang lebih baik dengan kos harga yang lebih rendah,"katanya ketika sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kabinet bersetuju projek itu diteruskan memandangkan landasan keretapi di Lembah Klang sudah usang dan bagi memastikan sistem pengangkutan tersebut di kawasan terbabit berjalan dengan efisien.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment