Write For Us

'Kontraktor kelas F kurang projek'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Seramai 24,000 ahli Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) berdepan kekurangan projek di bawah kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Menerusi Presidennya, Tukiman Radion mendakwa, pihaknya kini dipinggirkan kerajaan walaupun telah menghantar surat beberapa kali kepada Kementerian Kerja Raya (JKR) untuk mengadakan perbincangan namun ditolak.
"Kita ni seolah-olah dipinggirkan kami pun warganegara Malaysia mahu membangunkan negara".
Katanya juga, beliau mahu kerajaan menghapuskan syarikat konsesi dan memberikan semula projek kepada kontraktor kelas F yang mempunyai lesen melalui undian secara manual.
"Kita minta supaya pihak kerajaan memandang semula pihak konsesi ini.
"kita minta dimansuhkan sahaja konsesi ini dan projek diserahkan semula kepada JKR atau badan berkanun agar diundikan semula secara manual," katanya di Sidang Media pagi tadi di Pejabat PERKOBF.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment