Write For Us

Korea Utara boleh menang percuma?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tidak menghantar skuad Harimau Malaya ke Pyongyang bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 5 Oktober ini mungkin mengundang padah.
Memetik ruangan Arena Metro, bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata melihat penangguhan buat kali ketiga perlawanan Kumpulan B itu sebagai campur tangan kerajaan.
Katanya, AFC boleh menghadiahkan kemenangan percuma kepada Korea Utara andai FAM berkeras tidak menghantar pasukan ke Pyongyang meskipun jaminan keselamatan sudah diberikan tuan rumah.
AFC semalam mengumumkan menerima permohonan penangguhan perlawanan daripada FAM selepas arahan terbaru larangan perjalanan ke Pyongyang dikeluarkan Kementerian Luar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment