Write For Us

Koronavirus cecah seribu kematian, melebihi kematian SARS

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
71 Views
Published
Angka korban akibat novel koronavirus (2019-ncoV) kini mencecah lebih 1,000, apabila wilayah Hubei mencatatkan 103 kematian semalam.
Ini melebihi jumlah kematian wabak SARS yang berlaku pada tahun 2002 - 2003.
Menurut Reuters, angka kematian itu merupakan yang tertinggi dalam masa satu hari, selepas 91 kematian sehari sebelumnya.
Setakat ini, dilaporkan lebih 42,000 kes sah positif koronavirus di China serta 319 kes di 24 buah negara, termasuk satu kematian.
Berkenaan penyebaran kes di luar China, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa virus itu boleh menjadi "percikan yang menjadi api yang lebih marak", dan ia tidak boleh dibiar menjadi di luar kawalan.
Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan China memperuntukkan dana fiskal berjumlah 71.8 bilion yuan dalam usaha mereka mengawal penularan wabak tersebut, dengan 31.5 bilion yuan daripadanya telah dibelanjakan.
Xi Jinping dilaporkan berkata kerajaannya sedang berusaha sehabis-habisan dan akan dapat melihat hasil secara berperingkat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment