Write For Us

Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan Melaka hampir RM500,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Abdul Razak Abdul Rahman berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri hari ini.

Katanya, bagaimanapun kerajaan negeri hanya membelanjakan RM77,850 atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan kos itu manakala selebihnya ditanggung oleh beberapa syarikat swasta lain.

Beliau menjawab soalan Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) yang ingin tahu kos dikeluarkan kerajaan negeri dalam melantik Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.

Sumber video: https://www.facebook.com/100064545555754/videos/1920461448385369
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment