Write For Us

KPT bangun pangkalan data kekang 'PhD palsu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Satu sistem pangkalan data mengandungi senarai pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang sah daripada universiti awam dalam negara sedang dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Timbalan menterinya, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata ia adalah sebagai antara inisiatif kementerian mengekang penyalahgunaan gelaran doktor falsafah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Senarai ini akan membolehkan orang awam menyemak status Phd seseorang individu," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang ingin tahu langkah dan tindakan diambil kerajaan bagi memastikan kes-kes kelulusan akademik palsu terutama Phd.
Yap berkata pangkalan data itu akan mengandungi maklumat mengenai pemegang Phd merangkumi nama, tempat dan bidang pengajian, tajuk thesis serta tahun graduasi penerima.
Selain itu, beliau berkata kementerian turut bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia dalam kes salah guna gelaran doktor sehingga menyebabkan kerugian ke atas pihak lain.
"Kementerian juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan menyemak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia, sekiranya melibatkan institusi di Malaysia.
"Sekiranya institusi luar negara, ia hanya boleh menyemak dengan pihak berkuasa universiti-universiti negara berkenaan," tambahnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment