Seorang Ketua Setiausaha kementerian bergelar 'Datuk' bersama dua anak lelakinya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa untuk menerima rasuah.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman terhadap tertuduh berumur 59 tahun itu bersama-sama dua lelakinya yang berumur 29 dan 34 tahun.
Datuk tersebut ditahan pada pukul 8 pagi semalam di kediamannya di USJ Subang Jaya, Selangor, manakala dua anak lelakinya ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.
Difahamkan kedua-dua anak lelaki Ketua Setiausaha kementerian itu jadikan sebagai proksi untuk menyimpan segala kemewahan hasil salah guna kuasa dan rasuah.
Terdahulu semalam, hasil pemeriksaan selama 12 jam dirumah suspek, SPRM merampas wang tunai lebih RM3 juta daripada akaun, mata wang asing serta jongkong emas yang nilainya masih belum diketahui.
Turut dirampas ialah 150 barangan terdiri daripada tas tangan pelbagai jenama seperti Prada, Louis Vuitton dan Chanel selain jam tangan berjenama Swarovski.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment