Write For Us

Ku Cinta Kau Seorang | Episod 9

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Batrisya dibesarkan dalam keluarga kaya dan segala permintaannya dipenuhi oleh Dato Hisham(bapa Batrisya). Namun, Batrisya amat cerewet.Ramai pembantu telah diberhentikan hanya sebab kesalahan kecil. Suatu hari Helmi(Remy Ishak) pekerja restoran Dato'Hisham telah menegur Batrisya telah menegur sikap biadap Batrisya. Batrisya sangat marah kerana ia telah memalukannya.Batrisya meminta ayahnya untuk memberhentikan Helmi.
Helmi anak yatim piatu, tidak berpelajaran tinggi sebab faktor kewangan dan tinggal bersama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya amat tinggi menyebabkan Helmi terpaksa membuat pelbagai kerja.
Dato Hisham amat menyukai Helmi sebab rajin bekerja dan tidak pernah membuat masalah. Permintaan Batrisya terpaksa ditolak.Batrisya yang kecewa akan sikap ayahnya yang tidak menyebelahi Helmi membuatkan dia pergi ke luar negara selama sebulan. Bila pulang Batrisya mendapati rumah dan restoran milik ayahnya akan dijual.Dia mendapat tahu ayahnya jatuh muflis dan terpaksa melarikan diri sebab hutang piutang yang banyak.Dalam suratnya ayahnya mahu Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya.Bila sampai di rumah Helmi,Batrisya terkejut dia akan tinggal di rumah yang uzur. Dia tidak rela,lalu meminta pertolongan Maya dan Fara namun pelbagai alasan diberikan. Hubungi Razman teman lelakinya juga hampa.
Batrisya sedih.Hidupnya berubah sekelip mata.Dengan perasaan sedih, Batrisya pulang semula ke rumah Helmi dan tinggal bersama mereka. Namun ada undang-undang yang ditetapkan Helmi yang harus diikuti Batrisya. Mampukah Batrisya mengharungi cabaran di rumah Helmi?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment