Dalam persinggahan pertamanya dalam siri Kenduri Rakyat 1Wilayah Persekutuan hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pengundi di Cheras supaya mengembalikan kerusi Parlimen tersebut kepada Barisan Nasional.
Berucap kepada kira-kira 3,000 tetamu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Tengku Adnan berkata pengundi mesti bersedia untuk membuat "kejutan" terhadap Ahli Parlimen DAP Cheras Tan Kok Wai dalam pilihan raya umum ke-14.
Ia sebagai menyatakan bahawa mereka tidak lagi memerlukan Tan dan roket di situ, kata Tengku Adnan dalam pembukaan ucapannya.
Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan, Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional Cheras.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment