Write For Us

Ku Nan hanya gurau

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan cadangannya supaya perempuan berpakaian comot bagi mengelakkan gangguan cuma gurauan.
“Kali terakhir saya buat lawak dengan seorang anak muda perempuan yang saya kenal.
“Saya cuma bergurau. Dalam hati, saya bergurau. Saya cakap kalau dia pakai cantik - bukan menjolok mata - dia akan tarik perhatian. Jadi pakai comot sikitlah.
“Saya cuma bergurau tetapi pembangkang putar belit kata-kata saya. Mereka cari pasal,” katanya di Putrajaya semalam.
Tengku Adnan hadir ke dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama penduduk di Wilayah Persekutuan itu.
Beliau juga berkata suka bergurau tetapi mengaku harus menjaga mulut malam ini.
Tengku Adnan pada 17 Mei lalu berkata wanita yang mahu mengelak daripada gangguan di khalayak ramai harus berpakaian "comot".
Beliau memberi jawapan demikian kepada seorang wanita, yang melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan awam semasa dialog TN50 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Kenyataan itu diselar banyak pihak, khususnya pembangkang dan pejuang hak-hak wanita.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment