Write For Us

Ku Nan minta sumbangan politik bagi PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku meminta sumbangan politik daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.
Tengku Adnan, 69, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, 17 Januari, dalam perbicaraan kes menerima suapan RM2 juta daripada Kin Kong, tiga tahun lalu.
Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Tengku Adnan berkata, pada 5 Mei 2016, Ahli Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Datuk Noriah Kasnon serta Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam insiden helikopter di Sebuyau, Sarawak.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian mengumumkan tarikh PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijalankan serentak pada 18 Jun 2016.
Tengku Adnan berkata, beliau memaklumkan kepada Kin Kong bahawa UMNO dan BN memerlukan RM5 juta untuk PRK berkenaan ketika berjumpa ahli perniagaan itu sekitar Jun 2016.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment