Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menarik balik kenyataan beliau terhadap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah, yang menuduh ahli Parlimen PKR itu memberi ucapan politik semasa melawat Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, Selangor pada Mei tahun lalu.
Penyelesaian itu dirakamkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Wan Ahmad Farid Wan Salleh di kamar hakim dengan kehadiran peguam Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin mewakili Sivarasa dan peguam S Satharuban bagi pihak Tengku Adnan.
Ini telah disahkan oleh Latheefa yang berkata Sivarasa tidak mahu memanjangkan isu itu dan menerima penarikan balik kenyataan tersebut.
Sivarasa memfailkan saman itu pada 13 Jun tahun lalu, berikutan tuduhan Tengku Adnan bahawa beliau memberi ceramah politik semasa melawat Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, Selangor pada bulan Mei.
Sivarasa mendakwa kenyataan Tengku Adnan itu dibuat dengan niat jahat kerana berceramah politik semasa membuat lawatan ke masjid, adalah suatu perbuatan yang dilarang di Selangor.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment