Write For Us

Ku Nan ulang perkara tak benar, bidas Sivarasa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, masih dalam proses menyiapkan surat penjelasannya kepada Sultan Selangor berhubung dakwaan dia memberikan ucapan politik di sebuah masjid.
"Saya akan tulis tak lama lagi. Ia masih disediakan," kata peguam itu yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun Sivarasa enggan mendedahkan butiran surat yang akan ditulisnya kepada kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu.
Sivarasa diminta mengulas perkembangan terkini berhubung isu dia kononnya mencemar kesucian masjid semasa menghadiri majlis penyampaian bantuan sempena Ramadan di Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada 24 Mei lalu.
Kejadian itu - kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim - mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin.
Haris berkata pihaknya juga memanggil nazir masjid berkenaan beberapa hari kemudian untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, Sivarasa berkata, dia tidak memberi sebarang ceramah politik kepartian semasa menghadiri majlis berkenaan, sebaliknya sekadar ucapan ringkas dan menganggap kehadirannya disalah erti sesetengah pihak.
Pada 31 Mei lalu anggota parlimen PKR itu juga menyatakan akan menulis surat secara peribadi kepada Sultan Selangor untuk memberikan penjelasan berhubung kejadian di Masjid An Nur itu.
Sementara itu Sivarasa turut menempelak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana masih mendakwa dia memberikan ceramah politik di masjid terbabit.
"Ku Nan (Tengku Adnan) masih mahu mengulangi kenyataan salahnya bahawa saya membuat kenyataan politik.
"Saya sudah memberikan penjelasan dan Ku Nan tahu dia mengulangi kenyataan salah," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment