Write For Us

Kuih bakul resipi turun temurun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Seorang pengusaha kuih bakul masih mengekalkan cara tradisional dan menggunakan resipi turun temurun sejak lebih 10 tahun lalu, bagi menghasilkan pemanis mulut itu yang menjadi menu wajib ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
Tan Tiaw Pheng, 33, dibantu ibunya, Kam Guat Thee, 65, mengambil masa lima hari untuk menyiapkan kuih bakul berkenaan selain terpaksa, melalui proses mengukus selama 15 jam bagi memastikannya bertekstur lembut dan sedap.
Beliau yang juga generasi kelima mengusahakan kuih bakul, nekad meneruskan pembuatan secara tradisional yang memerlukan tenaga, masa, kesabaran, teknik dan mengikut ‘pantang larang’ tertentu supaya kuih bakul dihasilkan adalah terbaik.
Tiaw Pheng berkata, dia hanya boleh membuat kuih bakul sekali seminggu memandangkan pembuatan cara tradiasional mengambil masa lama untuk menyiapkannya.
Bagaimanapun, menjelang musim perayaan beliau menghasilkan kuantiti yang lebih banyak kerana menerima permintaan tinggi.
Tiaw Pheng berkata, kuih bakul yang dihasilkan dalam tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar itu dijual pada harga RM18 sekg.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment