Write For Us

'Kurikulum sekolah disemak setiap 5 tahun'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Kerajaan akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah bagi setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.
"Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan," katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut dan gangsterism.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment