Write For Us

KWSP suri rumah: 2% dari gaji suami, RM50 dana kerajaan

Loading...
Google Rank
48 Views
Published
Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.
“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini hari ini.
Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment