Write For Us

Lagi hutan Bukit Bendera terbakar

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
63 Views
Published
Lebih 0.8 hektar kawasan hutan berhampiran stesen bawah keretapi funikular Bukit Bendera dilaporkan terbakar pada tengah malam iaitu kejadian kedua sejak Ahad lalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.15 tengah malam dan sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi.
Sebaik tiba, api sedang marak berikutan angin kuat dan kebakaran itu membabitkan pokok-pokok kecil serta daun kering dalam hutan itu.
Apa yang menjadi masalah kepada pihak bomba ialah tiada akses ke lokasi kebakaran serta ia membabitkan kawasan cerun bukit.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment