Write For Us

'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli menjelaskan pihak pembangkang yakin mampu dapat melunaskan hutang negara oleh kerajaan terdahulu sekiranya berpeluang mentadbir Putrajaya dalam tempoh satu hingga dua penggal.
Rafizi berkata dalam tempoh tersebut, rakyat tetap menanggung beban yang perit untuk tempoh satu hingga dua tahun sambil tidak mengharapkan hutang negara itu lunas sepenuhnya dengan cepat.
Kata Rafizi, keperitan itu akan semakin teruk kerana nilai hutang dijangka meningkat jika rakyat tidak ada usaha untuk menukar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian dalam Forum 1-CPI 'Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib' yang dianjurkan INVOKE Malaysia, malam tadi.
Video tersebut dimuat naik secara langsung oleh Rafizi di Facebooknya, yang dimoderatorkan mantan pengerusi SMM, Syukri Razab.
Turut hadir menjadi barisan panelis adalah Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Amanah-Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Jelas Rafizi, mengikut laporan Audit Negara baru-baru ini, jumlah ketirisan yang dianggarkan berjumlah RM15 bilion setahun.
Rafizi berkata pihak pembangkang mampu menyelamatkan ketirisan tersebut dengan syarat mendidik kakitangan awam supaya tidak mencuri duit dan bersikap jujur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment