Rangkaian termaju 5G yang dijadual dilancarkan minggu hadapan, bakal menjadi tarikan baharu di Langkawi, sekali gus muncul sebagai pulau pelancongan pertama di dunia dilengkapi aplikasi berkenaan.
Aplikasi itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Ahad depan.
Pelaksanaan aplikasi itu susulan langkah Telekom Malaysia Berhad (TM) memulakan pengujian 5G bagi 11 kes penggunaan di Langkawi serta membuka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) atau lebih dikenali Pusat Arahan 5G (5GCC) sebagai nadi teknologi 5G dan pengumpulan data rangkaian itu.
Hasil pelaksanaan itu, Langkawi kini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan butang panik di kawasan utama pulau yang memiliki sistem pengecaman wajah dan kenderaan bagi tujuan keselamatan awam, kawalan orang ramai, pengesanan tahap emosi pelancong, selain pemantauan penderia cuaca, amaran tsunami, sistem kelajuan angin yang dipasang di Kuah dan Cenang.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dalam video ringkas yang dimuat naik di laman Facebooknya turut mengajak orang ramai untuk berkunjung ke Langkawi sambil menikmati pelbagai tarikan baharu serta keindahan panorama pulau pelancongan itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment