Write For Us

Lantikan politik: Usah keliru antara GLC, badan kawal selia - Loke

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan pengkritik kerajaan tidak seharusnya keliru antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan badan pengawal selia.

Bercakap pada sidang media pagi ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim telah mengotakan janjinya untuk tidak melantik ahli politik ke dalam GLC dan syarikat-syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Loke ditanya mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan pusat baru-baru ini berhubung beberapa pelantikan politik yang dilakukan di beberapa agensi, termasuk pelantikan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Mara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment