Write For Us

Lao Wu - Anjing pertama terima pingat Jasamu Dikenang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Anjing baka German Shepherd, Lao Wu mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima anugerah Jasamu Dikenang bagi kontinjen Polis Pahang.
Anugerah disampaikan Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan yang diwakili Timbalannya Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Pada majlis tersebut, Mohd Yusri Hassan menyampaikan pingat berkenaan kepada pengendali Lao Wu, Sarjan S. Sanmugam, yang kemudian memakaikan ke leher anjing tersebut.
Lao Wu, yang berusia lima tahun lapan bulan, menerima penghargaan itu atas kejayaannya mengesan suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh empat kilometer di ladang kelapa sawit di Jerantut pada 14 Nov lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment