Write For Us

Laporan: Najib-Hadi bincang pakatan rampas Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.
Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.
Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.
Untuk merampas Selangor, kedua-dua parti itu dilapor memerlukan calon berwibawa untuk memimpin pentadbiran negeri itu.
Percubaan juga dikatakan telah dibuat untuk membawa kembali bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.
Dalam reaksi bertulis Straits Times, Khalid mengesahkan memang ada bertemu dengan pemimpin PAS dan Umno dan parti-parti lain juga.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan itu berkata “perbincangan dibuat adalah demi kebaikan rakyat”.
PAS masih bergabung membentuk kerajaan Selangor walaupun di peringkat pusat, kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik secara rasmi.
Sebelum ini Hadi berkata PAS tiada masalah bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan Islam dan perpaduan Melayu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment