Write For Us

Laporan polis terhadap PM tiada perkembangan, Naimah buat aduan ke IPCC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
23 Views
Published
Naimah Khalid membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berhubung dakwaan kegagalan polis bertindak laporan dibuatnya tahun lalu mengenai artikel Bloomberg.

Artikel itu menyentuh siasatan terhadap urusan Allahyarham suaminya Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan.

Beliau mendakwa dalam tempoh sembilan bulan sejak laporan itu dibuat di Balai Polis Petaling Jaya, pihak berkuasa itu tidak pernah menghubunginya bagi siasatan lanjut.

Dalam satu artikel diterbitkan September lalu, Bloomberg memetik sumber mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memberitahu pegawai-pegawai agensi itu bahawa arahan menyiasat Daim serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya datang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment