Write For Us

Laungan 'Dakwa Zahid!', 'Reformati', 'Tolak Munafiq' bergema di Himpunan Selamatkan Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' anjuran Perikatan Nasional (PN).

Perhimpunan yang bermula selepas solat Zohor itu menyaksikan aktivis PN, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan Tun Faisal Ismail Aziz dari Bersatu berucap di hadapan orang ramai dari sebuah trak pikap.

Penyokong yang hadir turut kedengaran melaungkan "Dakwa Zahid" dan "Reformati".

Perhimpunan itu diadakan bagi membantah keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment