Write For Us

Lawan Mongolia, kemenangan 'pujuk' TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan kebangsaan menentang Mongolia bakal diadakan pada 22 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan perlawanan ini diharap menjadi 'hadiah' buat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bukan sekadar 'hadiah' kemenangan pertama skuad Harimau Malaya tetapi juga diharap dapat memujuk Tunku Ismail untuk terus menerajui FAM.
Ruangan Arena Harian Metro melaporkan pengendali kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata keputusan positif ke atas Mongolia diharap dapat 'memujuk' Tunku.
"Saya rasa Tunku Ismail patut dikekalkan lagi, beliau sudah buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan dan FAM, memang dalam jangka masa terdekat kita tak nampak hasil tapi kalau lihat jangka masa panjang, sudah terbukti pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim) menjadi kelab berjaya dalam Malaysia,"
Cheng Hoe mengambil teraju Harimau Malaya selepas Nelo Vingada meletakkan jawatan tahun lalu.
Dibawah Nelo, pasukan kebangsaan tidak pernah memenangi sebarang perlawanan dalam lapan perlawanan tahun lalu.
28 pemain terdiri dari pemain senior, muda dan naturalisasi menerima panggilan untuk bermain pada perlawanan Khamis ini.
Antara muka baru yang dipanggil ialah, Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong untuk pemain naturalisasi.
Selain itu sembilan pemain dari skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment