Write For Us

'Lawatan Dr M ke China bukan hanya runding semula projek mega'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China bulan depan dijangka bukan hanya akan menangani isu perjanjian semula projek mega yang dimeterai kerajaan BN sebelum ini.
Dalam wawancara Malaysiakini, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana Mahathir bukan sahaja merupakan Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga pemimpin dunia yang sangat dihormati.
Mahathir sebelum ini mengumumkan penangguhan beberapa projek mega melibatkan syarikat-syarikat dari tanah besar China itu sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan.
Projek-projek ini termasuk ECRL dan dua saluran paip gas - Multi-Product Pipeline (MPP) di Melaka bernilai RM5.35 bilion dan saluran paip Gas Trans-Sabah (TSGP) bernilai RM4.06 bilion.
Ditanya sama ada Malaysia mempunyai kebimbangan bahawa keputusan itu akan menjejaskan hubungan dengan China, Saifuddin menegaskan kedua-dua kerajaan telah mencapai persetujuan awal bahawa projek mega itu akan dirunding semula bagi mencapai penyelesaian lebih adil.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment