Write For Us

Layakkah ada dua isteri? - Naqiu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
PENYANYI, Naqiu Boboy menafikan pernah berkahwin dua dan sudah menceraikan isteri pertama seperti yang didakwa segelintir pihak.
Naqiu, 33, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib berkata, perkara itu tidak masuk akal.
“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada.
“Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.
“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,” katanya.
Naqiu yang ditemui selepas konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi berkata, apa yang disebarkan itu adalah kelakar apabila mengatakan isterinya yang dikatakan lemah lembut dikenali sebagai Hani merampas kawan baik sendiri yang kononnya isteri pertama.
Individu yang menggunakan akaun Kiah Ronggeng 88 itu juga mendakwa Naqiu menceraikan isteri pertama selepas dihasut isteri kedua.
”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya,” katanya.
Pun begitu, Naqiu tidak mahu melatah sebaliknya menerima dengan terbuka perhatian yang diberikan kepadanya selepas 12 tahun menyepikan diri daripada industri.
”Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.
”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.
“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.
”Apa pun, kepentingan saya sekarang adalah kerjaya sebab ada banyak lagi perancangan,” katanya.
Dalam masa sama, Naqiu berterima kasih kepada individu yang menyebarkan cerita itu yang dianggap ambil berat terhadap dirinya.
“Saya berterima kasih kepada individu itu kerana ambil berat mengenai saya. Saya doakan awak bahagia.
“Saya tak ambil pusing pun perkara ini. Sekejap saja saya akan lupakan. Sebab saya jenis macam itu,” katanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment