Write For Us

Lebih 100 anggota polis dikesan positif dadah - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Lebih 100 anggota polis dikesan positif dadah menerusi 'Op Blue Devil' yang dijalankan di setiap kontinjen sejak minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata kesemua anggota dikesan positif dadah menerusi óperasi berkenaan yang dijalankan bermula 13 Ogos dan beliau turut terkejut dengan jumlah tersebut yang disifatkan berada pada tahap kritikal dan serius.
"Kali ini saya mengambil pendekatan secara menyeluruh yang mana tindakan turut diambil ke atas warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melancarkan Op Blue Devil yang mana pegawai dan anggota polis dikehendaki menjalani ujian air kencing dan ada yang didapati positif pelbagai jenis dadah terutamanya syabu.
"Jika warga PDRM yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk menguatkuasakan undang-undang tetapi mereka sendiri pun terlibat dengan kegiatan ini, apa hendak jadi dengan negara ini," katanya kepada Bernama News Channel.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment