Write For Us

Lebih 300 individu terlibat elemen Daesh ditangkap - Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh termasuk 95 rakyat negara ini ditahan sehingga 6 Oktober lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri turut mendapat maklumat sebanyak 53 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 34 daripada mereka maut.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi memastikan Malaysia mengekang ancaman keganasan, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kaedah pemantauan dan kerjasama dengan Interpol dan negara luar.
"Kerajaan masih belum berpuas hati dengan pencapaian kita dalam memerangi jenayah rentas sempadan namun kami yakin dengan kerjasama kita termasuk dengan pihak Interpol, unsur keganasan ini boleh dibendung," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung usaha kerajaan memerangi jenayah rentas sempadan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment