Write For Us

Lebih 600,000 kekosongan kerja, tapi anak muda tak ingin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Lebih 600,000 peluang pekerjaan sedia ada dalam pelbagai bidang tidak diisi kerana kurang mendapat sambutan terutama dalam kalangan golongan muda.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata kekosongan jawatan itu bukan sahaja dalam pekerjaan 3D (sukar, kotor dan berbahaya), malah sektor pengurusan dan profesional.
“Janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menyediakan sejuta peluang pekerjaan akan ditepati dan dijayakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita ada kekosongan lebih 600,000 kerja sedia ada.
“Bukan sahaja 3D, kekosongan lebih 6,000 dalam bidang pengurusan, lebih 21,000 dalam bidang profesional manakala lebih 22,000 dalam bidang juruteknik dan profesional bersekutu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) sama ada janji PH dalam menyediakan sejuta peluang pekerjaan akan ditunaikan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment