Write For Us

'Lebih baik diam!', Hanipa beritahu Shafee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin hari ini membidas peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang mempertikai dakwaan ketua audit negara bahawa jabatan itu dipaksa meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.
Beliau berkata Shafee harus "cermin muka sendiri" sendiri apabila berkata pendedahan Tan Sri Dr Madinah Mohamad itu bermotifkan politik.
"Dia sendiri, Shafee ni banyak cakap politik, dalam court pun banyak cakap politik. So kalau dia banyak cakap politik, tak payah tegur orang lain cakap soal politik.
"Saya tak ada masalah dia cakap soal undang-undang. Dia kritik orang berpolitik, dia sendiri kena cermin diri dia sendirilah. Bersih ke dari statement-statement politik?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Beliau turut memberi contoh dalam kes liwat membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shafee yang merupakan pendakwa raya khas mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi menjelaskan kes itu.
Hanipa mengulas kenyataan Shafee semalam bahawa pendedahan Madinah bukan sahaja “pramatang” dan “bertentangan proses undang-undang sewajarnya”, tetapi juga bermotifkan politik terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.
Shafee merupakan peguam Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memberi arahan agar laporan itu dipinda ketika menjawat jawatan perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment