Write For Us

'Lebih baik Ridhuan Tee jangan komen pasal sukan, nampak sangat dia tak tahu tentang sukan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggap kenyataan penceramah bebas, Ridhuan Tee Abdullah sebagai satu penghinaan kepada atlet negara di mana pandangannya dalam tulisan di Sinar Harian, adalah tidak tepat.
Kata Khairy, tidak kira latar belakang atlet, semuanya berjuang demi negara.
Dalam kolum bertarikh 29 Ogos di Sinar Harian, Ridhuan Tee menulis mengenai atlet Malaysia yang memenangi pingat Olimpik sebagai tidak bersifat patriotik dan sekadar menyertai kejohanan itu untuk mendapatkan ganjaran.
Ridhuan berkata, bidang sukan kini bagaikan perniagaan dan landasan untuk popular, bukan lagi melambangkan patriotisme.
Tulisnya, atlet 'ultra-kiasu' bersaing untuk mendapat habuan bukannya kerana semangat patriotik dan lebih menumpukan acara individu berbanding berpasukan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment