Write For Us

Lebih banyak laporan polis akan dibuat atas salah urus Felda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
64 Views
Published
Lebih banyak laporan polis dijangka dibuat terhadap salah urus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Kertas Putih Felda di Dewan Rakyat hari ini.
Azmin ditanya mengenai laporan polis yang difailkan oleh Felda, yang mendakwa ia telah ditipu untuk memperoleh 37 peratus kepentingan dalam PTK Eagle High Plantations Indonesia (EHP) pada 2015 oleh menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut laporan berita, harga saham EHP sengaja dinaikkan kepada hampir 450 peratus kepada RM2.3 bilion walaupun ia hanya bernilai RM440 juta pada masa pembelian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment