Write For Us

'Lebih banyak parti, lebih besar peluang Umno menang'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
166 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yakin penubuhan parti politik baru di negara ini memberi UMNO peluang lebih besar untuk menang pada pilihan raya umum (PRU-14) akan datang.
Sinar Harian melaporkan Nazri berkata UMNO menggalakkan lebih banyak parti baru ditubuhkan, malah berharap bekas naib presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Shafie Apdal akan menubuhkan parti baru di Sabah seperti dilakukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Nazri juga yakin, penubuhan parti baru tidak akan memecahkan Melayu, sebaliknya ia hanya akan memecahkan pembangkang kerana mereka akan berebut kerusi pada pilihan raya.
Mohamed Nazri berkata, sejarah menunjukkan mereka yang derhaka kepada sesuatu institusi akhirnya akan kecundang seperti yang pernah berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar terdahulu.
Katanya, meskipun menyesal dengan perbuatan mereka dan kembali kepada parti, namun mereka tidak lagi boleh menjawat kedudukan tertinggi kerana tindakan sebegitu dikeji masyarakat Melayu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment