Write For Us

Lebuhraya Persekutuan laluan berisiko kemalangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Tinjauan bersama Pengerusi Persatuan Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie mendapati beberapa infrastruktur seperti besi penutup longkang yang 'hilang' serta wayar elektrik yang hampir mencecah kepala penunggang merintangi jalan boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan maut.
Selain itu ceracak besi penghadang longkang di situ juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna laluan berkenaan kerana ia terdedah tanpa sebarang tanda amaran oleh pihak berwajib.
Mohammad Hisham berkata, PPJK juga menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung keadaan lebuh raya itu yang boleh mengakibatkan kemalangan terutama ketika cuaca hujan kebelakangan ini.
Justeru pihaknya berharap agar pihak berwajib segera 'buka mata' memandangkan laluan ini menjadi pilihan utama lebih 1,000 penunggang motosikal dari Klang ke Kuala Lumpur dan sebaliknya setiap hari
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment