Ketika salah seorang pemimpin HARAPAN sedang berucap pada jelajah HARAPAN di Terengganu yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, hadirin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki dengan berwatakkan seorang menteri.
Lelaki terbabit muncul dihadapan khalayak dengan bertanyakan kepada hadirin adakah GST baik dan tanpa menunggu jawapan ribuan hadirin yang hadir beliau terlebih dahulu menjawab dengan menyatakan GST baik untuk Malaysia.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila seorang wanita lingkungan usia 50-an bangkit dengan menyatakan siapa cakap baik berulang kali sebelum mengusir lelaki terbabit pulang.
“Siapa cakap baik, siapa cakap baik? Balik lah, baliklah,” kata wanita tersebut diikuti hadirin yang hadir.
Namun, kekecohan itu diredakan dengan ucapan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu di mana beliau berkata apa yang berlaku itu hanyalah gimik semata-mata dan merupakan idea aktiviti politik, Hishamuddin Rais.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment