Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya sejak mangsa berusia lima tahun pada 2010 sehingga Januari 2018.
Lelaki berusia 46 tahun itu yang memakai baju T biru gelap dengan bersahaja menjawab 'tidak', ketika jurubahasa membacakan satu persatu pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Pertuduhan itu dibacakan oleh dua jurubahasa lelaki dan perempuan secara bergilir-gilir. Pertuduhan yang banyak itu telah menyebabkan jurubahasa terbatuk-batuk dan Hakim Mohamad Kamil turut menyuruh jurubahasa itu duduk.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga ke 334, tertuduh didakwa telah melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, seorang perempuan yang tidak boleh dikahwini, sejak mangsa berusia lima tahun dan mangsa kini berusia 13 tahun.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment