Write For Us

Lelaki didakwa cabul ahli keluarga ipar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan wanita, Mac lalu.
Tertuduh berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Bagi tuduhan pertama, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang juga ahli keluarga adik iparnya di sebuah rumah di Bukit Rambai, Melaka, kira-kira 12 tengah hari, 15 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Fuzi didakwa mengeluarkan kata-kata dengan maksud mengaibkan kehormatannya, pada masa dan lokasi sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment