Write For Us

'Lelaki misteri' cuba burukkan Orang Asli lawan pembalakan di Gua Musang?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
171 Views
Published
Di tengah kehangatan isu sekatan Orang Asli terhadap aktiviti pembalakan di Gua Musang, Kelantan, awal bulan ini, muncul sepucuk surat terbuka mendakwa mereka 'dibayar' untuk itu.
Ditujukan kepada Datuk Husam Musa, bekas exco yang bertukar menjadi pembangkang negeri, surat “Along” dan “Pandak” itu mendakwa mereka diarah berbuat demikian sebagai balasan untuk makanan, ubatan, arak dan wang.
Mustafa Along yang mengetuai Orang Asli Temiar yang membuat halangan di Pos Tohoi, berkata beliau tidak pernah tahu berkaitan dua individu itu.
"Mengenai surat terbuka itu kami nafikan seperti apa yang ditulis dan kami akan siasat perkara ini," kata Mustafa, yang juga setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).
“Surat Terbuka untuk Datuk Husam Musa” itu sebelum ini beredar meluas melalui aplikasi pesanan WhatsApp.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment