Write For Us

Lemang gergasi terjual pada harga RM4,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Selain mengedarkan tabung derma jihad PAS juga ada cara tersendiri untuk mengumpul dana yang jauh lebih menarik.
Petang ini, bermodalkan sebatang lemang 'gergasi', PAS berjaya membuat kutipan sebanyak RM4,000 untuk disalurkan kepada cawangan parti itu yang bercadang membina markas mereka di Pos Lanai, Cameron Highlands.
Lelongan itu diadakan selepas tamat sesi perbahasan ucapan dasar presiden dan sebelum pembentangan usul-usul di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Timbalan Pengerusi Tetap Kamal Ashaari yang mengendalikan acara itu membuka bidaan pada harga RM200.
Pada satu ketika Muslimat PAS hampir berjaya menjadi pembida tertinggi apabila mereka menyatakan kesanggupan membayar lemang tersebut pada harga RM3,000.
Bagaimanapun lemang sepanjang 6 kaki 3 inci itu menjadi milik PAS Kuala Nerus yang menawarkan harga RM1,000 lebih mahal berbanding Muslimat PAS.
Untuk rekod kawasan Kuala Nerus adalah salah satu kerusi yang masih dikuasa PAS di Dewan Rakyat melalui wakilnya Dr Khairuddin Aman Razali, yang sebelum ini dilantik sebagai bendahari Ulama PAS Pusat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment