Write For Us

Lepas baca khutbah, Anwar pimpin syahadah seorang lelaki di New York

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Perdana menteri Anwar Ibrahim berkesempatan memimpin syahadah seorang lelaki yang memeluk Islam selepas menunaikan solat dan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), tengah hari semalam.

Ketika Anwar beredar sambil bersalaman dengan jemaah, pengacara majlis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew Vinals mahu memeluk Islam dan mengumumkan perdana menteri akan menyempurnakan pengislaman lelaki berkenaan

Menurut pegawai media daripada Pejabat Perdana Menteri, majlis itu adalah secara kebetulan dan tiada dalam atur cara rasmi.

Sumber video: Media sosial
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment