Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sekali lagi gabungan Pakatan Harapan akan bertanding menggunakan satu simbol bagi menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata pihak mereka akan meletakkan satu sahaja calon bagi mengalahkan Umno dan BN, dalam pertembungan dua penjuru.
Bekas perdana menteri itu menjelaskan jika ada pihak lain yang ingin meletakkan calon supaya ada pertandingan tiga penjuru, ini akan memberi kekalahan kepada pembangkang.
"Sebab itu saya kata dengan terang-terang, sesiapa yang ingin meletakkan calon ketiga ini, mereka adalah penyokong Najib," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di program BERSATU Jelajah Semarak di Muar, Johor.
Video tersebut dimuat naik dan disiar secara langsung di Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment