Write For Us

Letak jawatan serta merta di Kelantan, kata Wan Azizah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Biro Politik PKR memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.
Dalam kenyataan yang dibaca Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Biro Politik PKR berakhir pada kira-kira jam 11.30 malam.
Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.
Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.
Bagaimanapun, katanya, PKR menolak alasan yang telah diberikan PAS kerana memutuskan tahaluf siyasi.
"PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.
"PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya lagi.
Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment