Write For Us

LHDN serbu pejabat anak Dr M, kata sumber

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.
"Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, "katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan.
Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.
Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi LHDN berkenaan serbuan semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment