Write For Us

Liew Chin Tong bakal 'berentap' dengan Wee di Ayer Hitam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Seperti dijangka, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk berdepan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Sambil menjulang tangan Liew, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di pusat pilihan raya Pakatan Harapan Ayer Hitam sempena sambutan ulang tahun ke-52 DAP.
Ayer Hitam merupakan kubu kuat MCA di Johor dan DAP dilaporkan menganggapnya sebagai kunci kemaraan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRU 2013, Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan calon PAS Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.
Sejumlah 1000 penyokong HARAPAN hadir di program itu.
Antara pemimpin yang hadir adalah Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi HARAPAN Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment