Write For Us

Lihat sendiri kedaifan mereka

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Kesempatan ‘meronda’ di dalam kem Hakim Para di Tengkhali, dekat Cox’s Bazar selama kira-kira satu jam, hari ini membolehkan sukarelawan Muslim Care mendapat gambaran lebih jelas mengenai masalah dan situasi kehidupan pelarian Rohingya itu.
Mereka membekalkan 100 telekung dan sejadah untuk kegunaan pelarian di kem itu selepas melihat sebuah surau mampu memuatkan kira-kira 100 jemaah hanya berlantaikan simen tanpa ada sehelai tikar mahupun sejadah.
Malah, mereka memberikan sedikit bantuan kewangan kepada sebuah pusat tahfiz terletak bersebelahan madrasah itu kerana kasihan melihat keadaan premisnya yang serba kekurangan untuk memberikan pendidikan kepada 35 pelajar berusia 10 hingga 15 tahun.
Muslim Care mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk pelbagai aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara. Sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun 564490413882 (Maybank), 14014010147470 (Bank Islam) atau 14010007654717 (Bank Muamalat).
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment