Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan apa yang berlaku kepada parti itu yang mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) untuk kali pada hari ini, seperti sebuah filem Hollywood.
"Tidak ada parti-parti politik lain di Malaysia yang dipaksa mengadakan pemilihan CEC sebanyak tiga kali (2012,2013 dan 2017) dengan menggunakan senarai wakil yang sama.
"Kita macam beku pada 2012 dan buat pemilihan semula (lebih daripada) empat tahun kemudian. Ini amat karut sekali.
"Kita ingat hanya boleh berlaku dalam filem Hollywood. Apa yang kita anggap tidak boleh berlaku, sedang berlaku di Malaysia sekarang," katanya dalam ucapan pada kongres khas DAP bagi pemilihan semula CEC, di Shah Alam, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment