Write For Us

Lim Guan Eng jumpa pemain industri bincang impak ekonomi akibat COVID 19

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengadakan pertemuan dan sesi dialog dengan pemain industri terutamanya yang terjejas akibat coronavirus (COVID-19) untuk mendapatkan maklum balas impak ekonomi terhadap perniagaan mereka.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pertemuan itu diadakan secara tertutup dan pihak industri boleh memberikan pendapat mereka untuk pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari ini.
Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Restoran McDonald’s pandu lalu Bagan Ajam, pada Ahad, 16 Februari
Guan Eng diminta mengulas tentang pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumumkan oleh Dr Mahathir pada akhir bulan ini.
Guan Eng berkata, sebelum ini berkata pakej rangsangan ekonomi tersebut bukanlah belanjawan baharu mahupun sebahagian daripada dasar Belanjawan 2020 tetapi adalah bantuan kepada industri yang terjejas.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment