Write For Us

Lima beradik teruskan legasi bapa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Kesanggupan lima beradik menternak pelbagai ternakan selepas kematian bapa mereka akibat penyakit jantung empat tahun lalu, harus dipuji dan dicontohi.
Biarpun bergelumang dengan najis haiwan ternakan selain menjalani rutin menguruskan ternakan seperti kerbau, lembu, kambing dan ayam seawal jam 7 pagi, ia tidak membuatkan lima beradik berusia antara tujuh hingga 27 tahun dari Kampung Pak Pa, Bukit Besar, Kuala Terengganu itu berasa kekok dan terbeban.
Siti Farah Nabihah Mohd Ashini, 27, Siti Fatin Nabilah, 24, Mohd Farhan Irfan, 17, Fikri Adam, 14 dan Mohd Farish Anaqi, 7, menternak pelbagai ternakan untuk memastikan legasi dijalankan bapa mereka sejak lebih 30 tahun lalu diteruskan.
Siti Farah Nabihah berkata, dia bersama empat adiknya didedahkan dengan aktiviti dan kegiatan penternakan lembu, kerbau, kambing dan ayam itu sejak kecil oleh arwah bapanya, Mohd Ashini Abdul Rahman, 54.
Menurutnya, dia dan keluarganya sudah berjanji untuk meneruskan legasi penternakan itu dan bercita-cita mengembangkan penternakan itu pada masa akan datang.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment